Salam Pengakap,
Tuan/puan pemimpin pengakap sekolah rendah, Perkhemahan Ujian Keris Perak Dan Emas siri 1/2012, dijangka akan diadakan pada hujung bulan mac. Diharap tuan/puan dapat menyediakan ahli pengakap sekolah tuan/puan mulai dari sekarang supaya urusan untuk menyertai perkhemahan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Persediaan yang saya maksudkan disini ialah dari segi pendaftaran keahlian dan pelaksanaan Ujian Lencana Keris Gangsa di peringkat sekolah. Untuk makluman tuan/puan jika tiada aral yang melintang perjumpaan/ mesyuarat antara PPM Daerah Kinta dengan semua pemimpin pengakap sekolah di Daerah Kinta Utara akan diadakan pada ketentuan berikut serta surat panggilannya telah PPM Daerah Kinta uruskan melalui PPD Kinta Utara.
Tarikh : 16. Februari 2012 ( khamis)
Tempat : Rujuk pada Surat panggilan.
Selain itu, saya kepilkan di sini bahan-bahan ujian untuk melaksanakan Ujian Lencana Keris Gangsa di sekolah, bagi memudahkan urusan tuan/puan melaksanakan ujian Lencana Keris Gangsa.
1. Borang Rekod Ujian Amali Lencana Keris Gangsa
BRG REKOD UJIAN K. GANGSA.doc2. Kertas Ujian Lencana Keris Gangsa
kertas soalan keris gangsa.doc(sila klik link di atas untuk muatturun bahan2 ujian Lencana Keris Gangsa) Segala kemusykilan dan masalah dalam muatturun boleh hubungi Ainal (0135209066).
Sekian.