Sunday, February 22, 2009

Organisasi Pengakap

From kintascout

1.Organisasi Persekutuan Pengakap Malayisa, Negeri dan Daerah

1.1 Tiap-tiap negeri adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia contohnya “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK”
1.2 Tiap-tiap negeri mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap negeri yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
1.3 Pesuruhjaya Pengakap Negeri mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri mengikut tenaga yang diperlukan.
1.4 Setelah Persekutuan Pengakap Negeri ditubuhkan, suatu jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan pergerakan Pengakap Negeri. Majlis akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun.
1.5 Persekutuan Pengakap Negeri pula menubuhkan Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja Persekutuan Pengakap Negeri. Majlis akan bermesyuarat sekali bagi tiap-tiap tiga bulan untuk menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

2. Tugas-tugas Persekutuan Pengakap Negeri.

2.1 Memajukan Pergerakan Pengakap Negeri tersebut.
2.2 Mengatur aktiviti-aktiviti seperti bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain , latihan dan lain-lain.
2.3 Menubuhkan jawatankuasa kerja dan lain-lain jawatankuasa yang difikirkan perlu seperti Jawatankuasa Latihan, Kewangan, Anugerah , Pembangunan Kem dan lain-lain.
2.4 Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap.
2.5 Lain-lain yang difikirkan baik untuk Pergerakan Pengakap.

3. Persekutuan Pengakap Daerah

3.1 Tiap-tiap daerah adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah contohnya PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KINTA.
3.2 Tiap-tiap daerah mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
3.3 Pesuruhjaya Pengakap Daerah pula akan melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah mengikut tenaga yang diperlukan.
3.4 Selepas penubuhan Persekutuan Pengakap Daerah suatu Jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan Daerah tersebut yang dikenali sebagai MAJLIS PENGAKAP DAERAH yang akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun.
3.5 Majlis Pengakap Daerah pula akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENGAKAP DAERAH bagi menjalankan tugas –tugas Majlis Pengakap Daerah yang akan mengadakan mesyuarat sekali bagi tiap-tgiap 3 bulan atau bila-bila masa yang diperlukan.

4. Tugas-tugas Majlis Pengakap Daerah.

4.1 Memajukan pergerakan pengakap dalam daerahnya.
4.2 Mengaturkan rancangan-rancangan seperti kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain, latihan dan lain-lain.
4.3 Menubuhkan jawatankuasa kerja, jawatankuasa latihan, kewangan, pembangunan Kem, kewangan dan lain-lain.
4.4 Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap.
4.5 Lain-lain yang difikirkan perlu / baik untuk Pergerakan.

5. Pesuruhjaya Pengakap Daerah

5.1 Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri dengan persetujuan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan tauliahnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempohnya.
5.2 Tugas Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam daerahnya adalah pada keseluruhannya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan kepada Ibu Pejabat dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah bagi kebaikan dan kemajuan Pergerakan.
5.3 Menyediakan latihan Pemimpin dan latihan kepada kanak-kanak.
5.4 Melawat kumpulan-kumpulan pemimpin didaerahnya serta memberi tunjuk ajar dan nasihat.
5.5 Menguji lencana-lencana kepandaian.
5.6 Pendaftaran kumpulan dan keahlian.

No comments:

Post a Comment