
Rabu, 18 Mac 2008
Perkhemahan latih peserta jadi jati diri
| From kintascout |
ULU KINTA – Perkhemahan pengakap daerah Kinta di tapak perkhemahan pusat kajian luar, Institut Pendidikan Guru, Ulu Kinta
:Seramai 155 peserta termasuk petugas dan urus setia terlibat dalam aktiviti perkhemahan pada kali ini.
:Penolong Pesuruhjaya Pengakap, Mohamad Zamri Ismail berkata, perkhemahan itu adalah sebahagian daripada aktiviti pada musim cuti sekolah.
:Zamri yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tualang berkata, perkhemahan itu adalah bagi siri pertama dari tiga siri perkhemahan yang diadakan setiap tahun di tapak ini.
:Katanya lagi, aktiviti ini juga adalah sebagai persediaan kepada para peserta bagi mengikuti kursus Pengakap Diraja, iaitu peringkat tertinggi bagi pengakap di peringkat sekolah menengah.
:“Program perkhemahan seperti ini ternyata berjaya membentuk sikap berdisiplin, setia kawan dan bekerjasama bagi semua peserta.
:“Selain itu, semua peserta juga adalah diwajibkan untuk menjalani latihan kemahiran secara berkumpulan dan juga latihan bertulis semasa di sepanjang tempoh perkhemahan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
:Menurutnya, untuk melayakkan diri bagi mengikuti ujian sebagai pengakap Diraja, seseorang itu juga haruslah melengkapkan 19 buku log yang merangkumi nota-nota serta latihan-latihan yang telah dilalui sepanjang menjadi ahli pengakap.
:Buku berkenaan akan dinilai oleh panel khas berdasarkan pemahaman dan juga kesungguhan seseorang pengakap tersebut.
:Zamri berkata, seramai 21 pelajar telah dikenal pasti untuk mengikuti ujian Pentaraf Pengakap Diraja kelak.
:Menurutnya, ujian Pentaraf Diraja ini adalah bagi melayakkan seseorang menjadi jurulatih selain menerima sijil pengiktirafan yang ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong serta semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri di Malaysia.
:“Saya berharap agar lebih ramai pelajar akan menyertai pengakap kerana terlalu banyak ilmu yang boleh dipelajari di dalamnya serta ianya boleh dipraktikkan di dalam kehidupan kelak,” katanya.


0 comments:
Post a Comment