Thursday, April 2, 2009

URGENT : Mesyuarat Pelarasan Anugerah Rambu PKK 2009

From kintascout

Kepada:
Ketua Pemimpin Pengakap
Sekolah- sekolah Rendah Daerah Kinta Utara & Selatan

Tuan/Puan,

MESYUARAT PELARASAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA & SELATAN

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jalan Pegoh, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh

3. Sehubungan dengan itu, Ketua Pemimpin Pengakap sekolah-sekolah yang mempunyai calon-calon ke Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Ahli Pengakap tahun 6 yang telah lulus dan memegang Lencana Keris Emas) diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, surat panggilan mesyuarat dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kinta akan diberi semasa mesyuarat tersebut. Saya memohon maaf atas kesulitan tersebut.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Eimiza Qamal Bin Azmi, Setiausaha Latihan atau email kepada ppmkinta@yahoo.com

6. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan disanjung tinggi. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

'Berkhidmat untuk negara melalui kepengakapan'

MOHD RAMLI BIN MOHD BAKI
Pesuruhjaya Pengakap
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta

0 comments:

Post a Comment