Thursday, February 26, 2009

ANNOUNCEMENT : Tarikh-Tarikh Penting Aktiviti Bulan Mac dan April 2009

From kintascout


3- 6 Mac 2009
(Selasa-Jumaat)
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform
Peringkat Negeri Perak 2009
Kem PLKN Tok Sakah, Segari

Sasaran/catatan
Pasukan Pengakap sekolah-sekolah rendah (pemilihan oleh Unit Kokurikulum PPD Kinta Utara) 5 Ahli Pasukan Latihan Daerah di calonkan menjadi Jurulatih.

7 Mac 2009 (Sabtu)
Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah
Persekutuan Pengakap Daerah Kinta kali 1, 2009
9.00 pagi, Bilik Mesyuarat SK Jalan Pegoh

Sasaran/catatan
Semua ADC, Ahli Pasukan Latihan 2008, Krew Kelana A Kinta,
Jemputan juga untuk pemimpin, penolong pemimpin, kelana dan individu yang memohon menyertai Pasukan Latihan Daerah 2009 serta berminat menyumbang tenaga & buah fikiran dalam menjayakan aktiviti PPM Kinta.

14-16 Mac 2009 (Sabtu - Isnin)
Perkhemahan Ujian Lencana Maju, Jaya & Kemahiran
Sekolah Menengah Daerah Kinta siri 1, 2009
Pusat Kajian Luar, Institut Perguruan Ipoh, Perak

Sasaran/Catatan
Semua ahli-ahli pengakap sekolah menengah Daerah Kinta yang memenuhi syarat-syarat dan berdaftar tahun semasa. Maklumat, borang penyertaan & jadual perkhemahan akan dikemaskini di laman ini dalam masa terdekat. Semak dari masa ke semasa untuk maklumat terkini dan download semua. Surat PPD Kinta Utara akan diterima pihak sekolah mulai Isnin 2 Mac 2009.

16 Mac 2009 (Isnin)
Pra-Pentarafan Pengakap Raja
PPM Daerah Kinta 2009
Pusat Kajian Luar, Institut Perguruan Ipoh, Perak

Sasaran/Catatan
Semua calon pengakap raja Negeri Perak 2009 bagi PPM Kinta diwajibkan hadir tanpa GAGAL. Bawa bersama tongkat, keperluan wajib, rekod-rekod penglibatan dan buku log berkaitan.

26 - 29 Mac 2009 (Khamis - Jumaat)
Pentarafan Pengakap Raja Negeri Perak 2009
Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Bota

Sasaran/Catatan
Calon yang telah lulus saringan pada Pra-Pentarafan dan disenarai pendek oleh PPM Daerah Kinta. Surat panggilan akan dikeluarkan pihak PPM Negeri Perak.

27 - 29 Mac 2009 (Jumaat - Ahad)
Perkhemahan Ujian Lencana Keris Emas & Perak
Sekolah Rendah Daerah Kinta Siri 1, 2009
SK Pinji, 31650 Ipoh

Sasaran/Catatan
Semua ahli-ahli pengakap sekolah rendah Daerah Kinta yang memenuhi syarat-syarat dan berdaftar tahun semasa. Maklumat, borang penyertaan & jadual perkhemahan akan dikemaskini di laman ini dalam masa terdekat. Semak dari masa ke semasa untuk maklumat terkini dan download semua. Surat PPD Kinta Utara akan diterima pihak sekolah mulai Isnin 2 Mac 2009.

4-8 April 2009 (Sabtu-Rabu)
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform
Peringkat Kebangsaan 2009
Kem PLKN Tok Sakah, Segari

Sasaran/catatan
Pasukan Pengakap sekolah-sekolah rendah (pemilihan oleh Unit Kokurikulum JPN Negeri Perak) 5 Ahli Pasukan Latihan Daerah di calonkan menjadi Jurulatih.

11 April 2009 (Sabtu)
Pra Anugerah Rambu Pengakap Kanak Kanak
PPM Daerah Kinta 2009
SK Rapat Jaya

Sasaran/Catatan
Semua calon-calon anugerah rambu PKK 2009 diwajibkan hadir tanpa gagal. Bawa bersama buku-buku log berkaitan peralatan dan keperluan.

24-26 April 2009 (Jumaat-Ahad)
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak
Negeri Perak 2009
SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)

Sasaran/Catatan
Calon yang telah lulus saringan pada Pra-Anugerah Rambu dan disenarai pendek oleh PPM Daerah Kinta. Surat panggilan akan dikeluarkan pihak PPM Negeri Perak.

CATATAN OLEH

Eimiza Qamal Bin Azmi
Setiausaha Latihan Daerah
PPM Daerah Kinta
ppmkinta@yahoo.com

Persediaan Pentarafan Pengakap Raja 2009

From kintascout

Syarat Lulus Pentarafan Pengakap Raja

1.Lulus kem Ujian Sikap Pengakap Raja.
2.Telah melaksanakan Bulan Kerja Pengakap.
3.Mengikuti SEMUA ujian Pentarafan.
4.Lulus 70% bagi Ujian Taraf Perkhemahan.
5.Tidak boleh GAGAL lebih dari 3 Ujian pentarafan. Markah lulus ialah 50% bagi tiap ujian.
6.Tidak melakukan sebarang kesalahan atau pelanggaran disiplin/perintah tetap kem.
7.Memenuhi syarat seperti dalam borang PPR(02) dan PPR (03).
8.Mencapai Darjah Tertinggi yg diputuskan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.

Ujian-Ujian Pentarafan Pengakap Raja:

1.Peti Pertolongan Cemas
2.Log (Siap/kemas/telah disemak oleh Daerah)
3.Kraftangan (buatan sendiri)
4.Taraf Perkhemahan
5.Pertolongan Cemas (Pratikal)
6.Simpulan & Ikatan (pratikal)
7.Teori berpengakap
8.Rambu Pengakap Raja (masa kurang 1 jam)
9.Kawat Tongkat Dan Kawat Kaki
10.Sambat Mata & Sambat Balik
11.Nasi Goreng
12.Lisan/Temuduga
13.Tarian Tradisional (pemarkahan individu)

sumber : http://9w2bpt.blogspot.com/

Calon-Calon Kinta mestilah;

1.Mendapat kebenaran ibubapa dan sekolah.
2. Mendaftarkan diri melalui DC Kinta
3.Mestilah ahli yang telah berdaftar atau telah memperbarui pendaftaran bagi tahun semasa.
4.Sihat tubuh badan.
5.Berkemampuan dari semua aspek kesiapsiagan diri dan kehendak serta keperluan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja.
6.Diperakui oleh DC Kinta.
7.Hadir ke Pra-Pentarafan Pengakap Raja anjuran PPM Kinta tanpa GAGAL

Sunday, February 22, 2009

Recruitment Drive for Asia-Pacific Evergreen Scouts (APES)

Dear Colleagues,

Greetings!

As you may recall, the Asia-Pacific Evergreen Scouts, in short APES, was formed and launched during the 21st APR Scout Conference in Brunei in December 2004 with the major objective of friendship and solidarity amongst leaders in the Asia-Pacific Region, as referred to in our previous communication dated 26 January 2005.

To date, we have 68 members with a great potential to expand and increase.

The detailed objectives of APES are:

- To strengthen solidarity and friendship through continued relationship amongst former and present members of the APR Scout Committee and sub-committees.

- To support and complement the works of the committees in the Region

- To organize regular activities and/or projects so as to foster fellowship amongst members and their families and guests

We would like to request, on behalf of the APES Management Committee, to invite Scout leaders of good standing who have served or are serving the Asia-Pacific Regional Scout Committees or Sub Committees, present and past Chief Commissioners and International Commissioners, Asia-Pacific Regional Scout Foundation Members and people who support Asia-Pacific Regional Scout Movement to join the APES.

There are four categories of membership which are determined according to the membership fees and not according to rank, appointments, length of service or age.

Life members / Platinum: US$ 200.00
Term members (10 years) / Gold: US$ 150.00
Term members (05 years) / Silver: US$ 100.00
Temporary members (01 year) / Bronze : US$ 30.00

A unique membership badge will be given to members and APES participating in activities / programme such as fellowship events, visits to national events on invitation, very often will get to enjoy the hospitality of the host country.

Existing members may also like to take the opportunity to upgrade their membership to the next higher category by paying the differences of membership fees.

For detailed information attached is the APES Guidelines and the membership form for your reference. Application of membership together with payment should be sent to the regional office.

This is also to confirm that the APES Management Committee will be organizing an APES gathering in Malaysia on 29 October 2009 in conjunction with the 23rd Asia-Pacific Regional Scout Conference. More details will be disclosed in time to come.

For additional details please contact:

Mr. Ho Chee Heng
Membership Director – APES
Apt 18, Marine Terrace
#05-106
Singapore 440018
Email: smileox@singnet.com.sg


Thank you and best regards.

Yours sincerely,

From kintascout
Abdullah Rasheed
Regional Director

**********************************************
From kintascout
World Organization of the Scout Movement
Asia- Pacific Region

4th Floor ODC Intl. Plaza Bldg.
219 Salcedo St, Legaspi Village
Makati City

Tel. No: +63 2 8171675/ 8180984
Fax No: +63 2 8190093
http://www.scout.org/asia-pacific
*********************************************

Organisasi Pengakap

From kintascout

1.Organisasi Persekutuan Pengakap Malayisa, Negeri dan Daerah

1.1 Tiap-tiap negeri adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia contohnya “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK”
1.2 Tiap-tiap negeri mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap negeri yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
1.3 Pesuruhjaya Pengakap Negeri mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri mengikut tenaga yang diperlukan.
1.4 Setelah Persekutuan Pengakap Negeri ditubuhkan, suatu jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan pergerakan Pengakap Negeri. Majlis akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun.
1.5 Persekutuan Pengakap Negeri pula menubuhkan Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja Persekutuan Pengakap Negeri. Majlis akan bermesyuarat sekali bagi tiap-tiap tiga bulan untuk menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

2. Tugas-tugas Persekutuan Pengakap Negeri.

2.1 Memajukan Pergerakan Pengakap Negeri tersebut.
2.2 Mengatur aktiviti-aktiviti seperti bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain , latihan dan lain-lain.
2.3 Menubuhkan jawatankuasa kerja dan lain-lain jawatankuasa yang difikirkan perlu seperti Jawatankuasa Latihan, Kewangan, Anugerah , Pembangunan Kem dan lain-lain.
2.4 Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap.
2.5 Lain-lain yang difikirkan baik untuk Pergerakan Pengakap.

3. Persekutuan Pengakap Daerah

3.1 Tiap-tiap daerah adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah contohnya PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KINTA.
3.2 Tiap-tiap daerah mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
3.3 Pesuruhjaya Pengakap Daerah pula akan melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah mengikut tenaga yang diperlukan.
3.4 Selepas penubuhan Persekutuan Pengakap Daerah suatu Jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan Daerah tersebut yang dikenali sebagai MAJLIS PENGAKAP DAERAH yang akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun.
3.5 Majlis Pengakap Daerah pula akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENGAKAP DAERAH bagi menjalankan tugas –tugas Majlis Pengakap Daerah yang akan mengadakan mesyuarat sekali bagi tiap-tgiap 3 bulan atau bila-bila masa yang diperlukan.

4. Tugas-tugas Majlis Pengakap Daerah.

4.1 Memajukan pergerakan pengakap dalam daerahnya.
4.2 Mengaturkan rancangan-rancangan seperti kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain, latihan dan lain-lain.
4.3 Menubuhkan jawatankuasa kerja, jawatankuasa latihan, kewangan, pembangunan Kem, kewangan dan lain-lain.
4.4 Bertindak bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam semua perkara berkenaan Pergerakan Pengakap.
4.5 Lain-lain yang difikirkan perlu / baik untuk Pergerakan.

5. Pesuruhjaya Pengakap Daerah

5.1 Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri dengan persetujuan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan tauliahnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempohnya.
5.2 Tugas Pesuruhjaya Pengakap Daerah dalam daerahnya adalah pada keseluruhannya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan kepada Ibu Pejabat dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah bagi kebaikan dan kemajuan Pergerakan.
5.3 Menyediakan latihan Pemimpin dan latihan kepada kanak-kanak.
5.4 Melawat kumpulan-kumpulan pemimpin didaerahnya serta memberi tunjuk ajar dan nasihat.
5.5 Menguji lencana-lencana kepandaian.
5.6 Pendaftaran kumpulan dan keahlian.

Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap

From kintascout

Pengertian, Persetiaan Pengakap mengikut peringkat umur dan unit

a) Pengakap Kanak-kanak
Mengenal Persetiaan asas , mengenal diri, bangsa dan Raja.
b) Pengakap Muda / Remaja
Memupuk dan menanam semangat serta menjadikan darah daging tujuan pergerakan.
c) Pengakap kelana / Pemimpin
Mempraktikkan Persetiaan sebagai pemimpin Remaja menunjukkan teladan yang baik dengan tugas-tugas yang lebih luas lagi.

PERSETIAAN PENGAKAP.

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN:-

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja, dan kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap, Ibubapanya, Majikannya dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa kesusahan.

9. Pengakap adalah jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Tujuan dan Prinsip-Prinsip Pengakap

From kintascout
1. TUJUAN
Tujuan Persekutuan ini hendaklah melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian construtive dalam Pembangunan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab.

2. PRINSIP-PRINSIP
2.1 Menghayati ketaatsetiaan kepada Tuhan
2.2 Bertindak untuk bertimbangrasa hak asasi manusia serta mengelakkan diri dari sifat-sifat kekejaman.
2.3 Berkeyakinan dengan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarganya dan masyarakat disekelilingnya.

3. UNDANG-UNDANG
Persekutuan ini membuat undang-undang untuk diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih ahli-ahlinya Patuh segala atur-peraturan khususnya dalam PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip ini merupakan satu nilai yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah.

4. DASAR KEAGAMAAN.
4.1. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama.
4.1.1 Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing.
4.1.2 Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing.

4.2 Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama.
4.2.1 Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing.
4.2.2 Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu.
4.2.3 Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini.

5. KEWARGANEGARAAN
Persekutuan ini melatih pengakap-pengakap meningkatkan keperibadian sebagai seorang berbudipekerti yang baik, berhemah tinggi, berpotensi melalui pengamalan intisari-intisari yang terkandung dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap untuk mencapai matlamat Persekutuan ini.
5.1 Menjadi seorang warganegara yang baik dan berkorban bagi mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya.
5.2 Mnghormati ibubapa, keluarga, pemimpin-pemimpin bagi memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual.
5.3 Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk.
5.4 Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi Perlembagaan negara untuk menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah.
5.5 Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.

6. CARA-CARA BERPENGAKAP
Persekutuan ini telah mengujudkan atau mengadakan peraturan khas dalam Perlembagaan Pertubuhannya untuk menuju ke matlamatnya bagi maksud-maksud berikut.

6.1 Mempunyai keahlian sukarela yang berpakaian seragam dalam sebuah Pasukan dengan di pimpin oleh orang dewasa. Mereka ini akan beransur kepada bergerak dengan sendiri dan mengikut tingkatan dan umur.
6.2 Mematuhi Rukun Hidup seperti mana ditegaskan dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dengan memperluaskan maknanya kepada ahli-ahlinya daripada pengenalan hinggalah matang.
6.3 Mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik, constructive dan penuh cabaran termasuklah ketahanan diri melalui pengembaraan yang mereka buat.
6.4 Berpeluang menjadi seorang pemimpin dan bertanggungjawab apabila sampai ketikanya mereka itu berpengetahuan yang matang dan dewasa.
6.5 Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil.
6.6 Belajar sambil membuat.
6.7 Menyediakan skim Anugerah untuk memberi galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan di atas kejayaannya.

Permulaan Pergerakkan Pengakap Di Malaysia

From kintascout

Dalam riwayat hidup B-P telah diterangkan bagaimana kejayaan B-P mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelakiseramai 12 orang dan selepas itu ramai kanak-kanak memasuki Pasukan Pengakap termasuk kanak-kanak perempuan. Dengan yang demikian B-P telah mengasingkan kanak-kanak di bawah 11 tahun dan ditubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-kanak pada tahun 1916 kerana mereka terlalu muda. Percebran diri dalam pergerakan pengakap ini bukan sahaja kanak-kanak lelaki malahan kanak-kanak perempuan juga ingin memasuki Pergerakan Pengakap. B-P tidak melarang kanak-kanak perempuan menceburkan diri dalam Pergerakan Pengakap ini tetapi tidak manis kegiatan bercampur gaul dengan kanak-kanak lelaki. Walau bagaimana pun B-P tidak berputus asa dan menunaikan juga kehendak mereka tetapi berlainan sedikit iaitu kanak-kanak perempuan diasingkan dan ditubuhkan pula Pasukan Pandu Puteri dan dipimpin oleh isterinya Lady Baden Powell.

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis

Sempena Hari Pengasas Pergerakkan Pengakap Dunia

SEJARAH PERGERAKKAN PENGAKAP

RIWAYAT HIDUP LORD BADEN POWELL sempena Hari Pengasas Pergerakkan Pengakap 22 Februari 2009


Pada 22 Februari 1857 seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran dengan Hyde Park, London. Bayi itu di beri nama Robert Stephenson Smyth-Powell. Bapanya bernama Reverend H.G Baden – Powell. Ibunya W.T Smyth, ialah anak seorang Laksamana British. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.

Pada masa usianya 3 tahun bapanya telah meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeloiharaan ibunya dalam keadaan hidup yang sederhana. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Pernah bersama abang-abangnya berjalan kaki dan berkhemah di beberapa tempat di England.

Beliau terkenal dengan nama ringkas B-P amat sayang kepada kanak-kanak dan rasa kasih sayangnya kepada kanak-kanak inilah yang menukarkan kanak-kanak ini dari tenaga-tenaga membazir di lapangan ekonomi kepada suatu faktor pengeluar bagi sesuatu masyarakat atau bagi kemanusiaan sejagat umumnya.

Baden-Powell di tauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan Askar Hussar yang ke – 13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Inspector General dalam tahun 1903.. Dalam suatu serangan terhadap Mafeking dalam tahun 1899, Baden Powell merancang bagi kanak-kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu untuk membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada hati B-P dan dalam tahun 1907 ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Dengan kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu pada tahun 1908 B-P telah mengarang sebuah buku bernama “Scouting For Boys” ( Ilmu Pengakap bagi Budak-Budak) . Demikianlah Pergerakan Pengakap bermula.

B-P menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat dialahkan oleh teman-teman beliau yang sezaman dengannya. Inti-inti dari pusaka yang ditinggalkannya ialah pengadunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas seseorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama yang diadakan di Olympia, Baden-Powell telah dilantik menjadi Pengakap Agong bagi seluruh dunia..

Pada tahun 1937 sewaktu umurnya 80 tahun, B-P bersama-sama dengan isterinya Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu B-P dalam segala kerja mengembangkan Pergerakan Pengakap dan memimpin Pasukan Pandu Puteri disertai oleh anak-anaknya meninggalkan bandar London menuju ke Kenya di Afrika dan bermastautatin di sebuah kampung yang aman, pandangan yang indah, hutan yang menghijau kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji, disitulah B-P berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Oleh yang demikian adalah menjadi kerugian yang besar bagi semua orang apabila pada 8 Januari 1941 B-P meninggal dunia dengan tenangnya dan dikebumikan dengan penuh penghormatan di bawah bayang-bayang lembut Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam Pergerakan ini ialah “TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTU DI DALAM KERJA-KERJA MU”

more at http://pinetreeweb.com/B-P.htm



Friday, February 20, 2009

Jadual Program / Aktiviti Persekutuan Pengakap Negeri Perak 2009

From kintascout

Januari 2009

15 Januari 2009
Mesyuarat Pentaraf dan AJK Kursus Penolong Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak
PPD Kinta / SK Seri Kinta

Februari 2009

6-8 Februari 2009
Bengkel Modul Kerja Pengakap Negeri Perak
Taiping

Mac 2009

5-8 Mac 2009
Kursus Penolong Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak
Kem Kota Layang-Layang Kiri, Bota

26-29 Mac 2009
Pentarafan Pengakap Raja Negeri Perak 2009
Kem Kota Layang-Layang Kiri, Bota

April 2009

24-26 April 2009
Kem Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak Ngeri Perak 2009
SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)

Jun 2009

25-26 Jun 2009
Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda Negeri Perak
Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Bota

Julai 2009

17-19 Julai 2009
Kursus Kemahiran Asas Kepengakapan Negeri Perak Siri 1
Kem Kota, Layang-Layang Kiri Bota

Ogos 2009

6-9 Ogos 2009
Kem Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Perak 2009
Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Bota

Oktober 2009

2-4 Oktober 2009
Pekbori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Perak 2009
Taman Tasik Taiping, Taiping

16-18 Oktober 2009
Jamboree On The Air 2009 (JOTA)
Taman Tasik Taiping, Taiping

*Tertakluk pada pindaan

Penubuhan dan Pendaftaran Kumpulan

From kintascout

1. PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN

Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpin boleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati maka 3 keping borang PPM – (8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah bersetuju menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan untuk mengusahakan dengan sedaya upayanya.

a) Menubuhkan jawatankuasa Kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan.

b) Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak lebih dari 6 patrol mempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, 2 oreang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpin bertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu.

c) Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulan itu mengikut nilai-nilai agama.

d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan.

e) Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat / rumah yang sesuai dan peralatan latihan untuk berlatih.

f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Bagi ibu pejabat, seterusnya menerima borang PPM-8 dua salinan akan dikembaliukan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B)
Borang pendaftaran kumpulan RM 10.00
Borang pendaftaran ahli pengakap RM 3.00
Bayaran pendaftaran pemimpin / ahli biasa RM 5.00

2. PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN.

Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan tidak dibenarkan ahli-ahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44 – 46 dan 47.

Dalam masa penggantungan semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatis digantung keahlian pemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM.

Walau bagaimana pun penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Persuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur akan kesalahan perkara ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian.

3. PENTADBIRAN KUMPULAN

a) Majlis Kumpulan
Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri dari:-
i) Seorang Pengerusi
ii) Seorang Setiausaha
iii) Seorang Bendahari
iv) Sekurang-sekurangnya 7 orang ahli jawatankuasa
v) Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli tasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan.
vi) Kuasa Penganjur adalah sebagai penasihat.

b) Majlis Pemimpin Kumpulan.
i) Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas – Pengerusi
ii) Seorang pemimpin dilantik - Setiausaha
iii) Semua pemimpin dan penolong pemimpin - jawatankuasa

c) Majlis Ketua Patrol
Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya.

4. TAULIAH-TAULIAH

Pemimpin kumpulan hendaklah memohon tauliah tetap/sementara pemimpin kepada Pesuruhjaya Daerah untuk pemimpin-pemimpin seperti berikut.

a) Tauliah Tetap – kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II
b) Tauliah sementara – kepada pemimpin yang belum menghadiri sebarang kursus kepimpinan manikayu.
c) Tanpa Tauliah – pemimpin yang tidak mempunyai sebarang tauliah, maka ianya tidak boleh menjalankan latihan kepada ahli pengakapnya.

5. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN.

a) Buku log Kumpulan.
- Kedatangan ahli unit tiap-tiap perjumpaan .
- Perharian
- Stok alatan kumpulan
- Persediaan mengajar / program latihan
- Kutipan yuran.

b) Surat kebenaran ibubapa / penjaga
- Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebenaran murid/pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibubapa mereka dan surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan.

c) Butiran peribadi Unit Pengakap.
- Nama ahli, No. K.Pengenalan
- Tarikh lahir, bangsa , agama, kesihatan
- Nama ibu bapa, alamat keluarga
- Kecenderungan/minat.

Wednesday, February 18, 2009

Bintang Kebesaran dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) semenjak ditubuhkan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan kumpulan yang berjasa terhadap perkembangan dan pembangunan Kepengakapan secara langsung atau tidak langsung di dalam dan di luar negara. Kecemerlangan Kepengakapan amat bergantung kepada semangat dedikasi dan komitmen para pemimpin melatih, membimbing dan mengasuh setiap ahli Pengakap agar berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan pencapaian dan pembangunan pergerakan Kepengakapan di Malaysia masa kini.

BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS PERTAMA – EMAS

From kintascout

Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Pertama - Emas adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia, yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.

Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelas pertama ini adalah dari kalangan ketua-ketua negara, negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara. Kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara, kesemua tokoh pemimpin ini merupakan penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Penaung Agong kepada pergerakan Pengakap di negara ini.

Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

Istilah semangat padi melambangkan cirri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna remaja Pengakap supaya menepati falsafah hidup resmi padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat kepengakapan tempatan.

Bintang semangat padi kelas pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara.

BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS KEDUA - PERAK

From kintascout

Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Kedua - Perak adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia, yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.

Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelas kedua ini adalah ketua-ketua negara, negeri dan pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota, atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka, atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap, dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

Bintang semangat padi kelas kedua ini hanya boleh disampaikan oleh ketua Pengakap Negara.

BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS PERTAMA - EMAS

From kintascout

Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Pertama- Emas adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status kehormat.

Istilah Semangat Rimba melambangkan cirri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepemimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu.

BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS KEDUA – PERAK

From kintascout

Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Kedua – Perak adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara juga diberikan tetapi di atas status kehormat.

PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)

From kintascout

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamirkan tata kelakuan yang terpuji

PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)

From kintascout

Dianugerah kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah PPM.

Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan Peringkat Negara melebihi 15 tahun.

PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)

From kintascout

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa PPT, Daerah, Negeri dan Negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)

From kintascout

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara serta mempunyai tingkahlaku dan budi pekerti yang mulia.

SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)

From kintascout

Dianugerahkan kapada pemimpin-pemimpin bartauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 3 tahun serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa PPT Daerah, Negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.

BINTANG PAHLAWAN

From kintascout

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.

Thursday, February 12, 2009

Pendaftaran Keahlian 2010/2011

Tuan/Puan

PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP DAERAH KINTA 2010/2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara diatas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara diatas, saya mohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan agar memastikan kumpulan dan setia ahli pengakap disekolah tuan/puan didaftarkan sebelum 31 MAC 2010. Walaubagaimanapun pendaftaran yang lewat atas sebab sebab tertentu masih boleh dikemukakan kepada PPM Daerah Kinta untuk tindakan selanjutnya.

3. Sila muatturun borang-borang di laman blog rasmi PPM Daerah Kinta http://kintascout.blogspot.com

4. Borang-borang yang telah lengkap perlu dikembalikan beserta cek (berpalang) atau kiriman wang / wang pos dibayar atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA dan alamatkan kepada

Puan Halimatun Bt Hamid
Bendahari, Persekutuan Pengakap Daerah Kinta,
D/A SMK ST. Bernadette's Convent, 31000 Batu Gajah

5. Sekiranya ada pertanyaan boleh hantarkan email kepada ppmkinta@yahoo.com

6. Sekian untuk makluman. Kerjasama dan tindakan awal dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian,

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN'

Saya yang menjalankan tugas,

(SHAHRUZZAMAN B. ZAINAL ABIDIN)
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta

sk :
JPN Perak (Unit Kokurikulum)
PPD Kinta Utara (Unit Kokurikulum)
PPD Kinta Selatan (Unit Kokurikulum)
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Sila muat turun

Panduan Pendaftaran Keahlian 2010/2011

PPM1(A) Pendaftaran Keahlian

PPM1(B) Borang Kawalan

Borang Permohonan Tauliah Pemimpin

Borang Permohonan Menyertai Pasukan Latihan Daerah

PPM8 Permohonan menubuhkan kumpulan pengakap

Wednesday, February 11, 2009

Founder's Day & Thinking Day Dinner 21 February 2009


RE: International Scout and Guide Fellowship

Founder's Day & Thinking Day Dinner 21 February 2009

We are pleased to announce that The Fellowship of Former Scouts and Guides Malaysia have been selected to host the Asia Pacific Regional Gathering on the 16th July to 21st July 2009.

A total of 300 people, from all over the Asia Pacific Region are expected for this gathering, would be spending at least one week in Malaysia. As part of our efforts to defray administrative cost, the organising committee is embarking on fund raising measures to assist us in meeting the cost of organizing the event.

In view of the above, in conjunction with Founders Day cum Thinking Day, FOFSAG Malaysia, will be organizing a get together dinner and officially launch the Publicity campaign for the Asia Pacific Gathering, scheduled as follows:

Date: 21 February 2009 (Saturday)
Time: 7.30 pm
Venue: Oriental Pearl Restaurant
Bukit Kiara Equestrian Club
Bukit Kiara. Kuala Lumpur,

The organising committee would like to appeal to Scout Association e to assist us in some way by purchasing a table RM1000. This would be also good time for all of us to meet and promote a better understanding. kindly also let other in the Association know about this. Please also direct any l enquiries to us on the above matter.
Our website www.fofsag.webs.com

Dear Brother Scouts and Sister Guides,

We are appealing to all of you to support our up coming event to commemorate Founders Day and at the same time you will be able to meet old friends. For those of you have confirmed your attendance we would like to thank you for your support to the Fellowship of Former Scouts and Guides Malaysia. We have lined up a great evening with a live band which will be also led by our own old scout Mr.Radha Krishnan ( Black Stallion). He promises to put up a good show. A brief out line of the programme is mentioned below. Air Asia has donated two Air Tickets to Perth for our lucky draw. With all this you will also be doing a good deed as this is a fund raising dinner that will allow us to support the movement which we have once enjoyed. BP last message says " The real way to get happiness is to give out happiness to other people."

7.30 pm - Arrival of guest
8.00 pm - Welcome speech
8.05 pm - Dinner (Music by small stones)
9.00 pm - Lucky Draw
9.15 pm – 10.15 pm - Small stones with Thomas Williams
10.15 pm -10.30 pm - Group sing-along led by Tsu Ellance
10.30 pm –11.00 pm - Show Time with Black Stallion
11.00 pm - 11.45pm - Floor is Open
11.45 pm –12.00 pm - Grand lucky draw - Two Tickets to Perth
- Happy Anniversary(cake cutting)
12.15 pm - TAPS - Led by Mr. Gunaseelan our Band Master 12KL.

Dinner Card per person is RM100.00 . Kindly confirm your attendance by calling me or by email. Your support would be very much appreciated. See You there.

Your in Fellowship

Tajinder Singh Sohanpal
President
FOFSAG Malaysia.

23 Psn Batu Hampar,
Taman Batu View
68100 Kuala Lumpur
Hse 03-61381326 hp 013-3832303
skype : tajinder23

4th Mongolian National Jamboree



4th Mongolian National Jamboree

Theme:
Together We Can

When:
August 3-8th, 2009

Where:
The International Children’s Center “Nairamdal” of Mongolia. About 35 kilometers north-west from Ulaanbaatar, the capital of Mongolia

Who:
The Jamboree is open to both boy and girl scouts and girl guides who are at least 12 years old and adult leaders who are registered as member of their National Scout /Guide Organization.
There are about 1200 boys and girls expected to attend Jamboree, including 1000 Mongolian scouts and scout leaders as well as 200 overseas participants.

Program highlights:
The Mongolian 4th Jamboree program highlights are a chance to Mongolian and overseas participants to exchange their experiences and to let scouts learn about Mongolian culture and history. There will be various kinds of interesting activities organized every day.
We would like to give everyone as much opportunitly as possible to meet people from other cultures and from the local community, as well as to enable them to participate in interesting and stimulating activities.

Mongolian Traditional Center: In this center you will have an opportunity to play traditional games and introduce with nomadic life. Traditional games such as ankle bone, archery and putting up a Mongolian ger, riding a horse and two-hump camel, and etc.

Mini-Naadam Festival: Overseas participants will have a chance to take part in the traditional manly sports such as Wrestling, Archery and horse racing.

“International day” Performance:
The important event of the “International Day” is the art performance. All participants are encouraged to prepare the performance, which includes traditional songs, dancing, games and so on. If you have hobby, or a collection, that may be interest to others, please bring it.

The Global Development Village allows participants to become active members of the global community through various exhibits, games, arts and audio–visual displays, discussions, and presentations. The goal of the Global Development Village is to discuss and make decisions about problems they have, for example HIV/AIDS, adolescent’s reproductive health, environment, how to prevent from infectious diseases and also how to solve those problems by themselves. Scouts from different countries will discuss about their own problems.

Other programs:
Pioneering, craft workshops sightseeing, disco, art and sports activities, hiking around resort area, mountain trail encircling the jamboree, physical activities and skills center, friendship festival/international day for exchanging cultural and traditional information by each countries, exhibitions of main activities of scouting, orienteering, etc.

International Service Team:
The Jamboree will have a total of over 100 Scout Leaders working on the International Service Team (IST). Interested and qualified Scout Leaders are welcome to be part of the IST. A registration fee of US $160 shall be charged each member to cover the cost of meals, souvenir items and other issuances, and transportation from the airport to camp and back.

Home hospitality:
After and before the Jamboree, Scouts from overseas will be offered Home Hospitality for up to 2-3 days in the families of Mongolian Scouts. Exact dates can be arranged to suit travel arrangements.

Personal equipment:
Usually personal kits including tent, sleeping bag, and rain wear, camping gear and eating utensils, and other personal items are the responsibilities of each participants. You will need summer clothes, but due to the variability of the weather you should bring some warm clothing as precaution.

Food:
Food will be serving to each troop. Meat is found in all Mongolian meals, usually with noodles, rice and soup. Please let us know if any members of your contingent are vegetarians or have dietary requirements at your registration.

Payment:
The fee for participant is US$ 200, which covers food, souvenirs, inland transportation and insurance.
Overseas contingents are encouraged to pay the Jamboree fee to the Scout Association of Mongolia not later then 1 June 2009.
Payment discount:
There are two options for jamboree fee payment.
1. If you pay before 1 February then Jamboree fee will be 160 USD
2. If you pay before 1 April then Jamboree fee will be 180 USD.

Traveling to Mongolia:
You will arrive in Ulaanbaatar, Mongolia by direct flight from Berlin (Germany), Moscow (Russia), Seoul (Korea), Osaka and Tokyo (Japan), and Beijing (China) and train from Moscow (Trans Siberian Train) and Beijing.
Weather: Mongolia is a land of temperature extremes. The Mongolian capital of Ulaanbaatar has an annual average temperature - day and night, summer and winter - of just -0.5°C (31°F). The average annual temperature in Mongolia's capital, Ulaanbaatar, ranges from -16°C (-2°F) in February to a more comfortable 16°C (62°F) in July. During the short spring transition in Ulaanbaatar, the average temperature climbs from 8°C (48°F) in May to only 14°C (58°F) in June. Summer fades quickly, and by September the annual average temperature drops to 8°C (48°F)

Visa:
All participants should obtain an entry visa before traveling to Mongolia from the Mongolian Embassy or Consulate in most capital cities. Visas may also be obtained upon arrival at the Mongolian border or internetional airport. The Scout Association of Mongolia will provide invitation letter.

How to contact with us:
Street address: Chingeltei District, Diplomat building 95, Unit #44
Postal address: P.O.Box 43, Ulaanbaatar-210648, Mongolia
Telephone: +976-11-324171
Fax: +976-11-313281
e-mail: info@scout.mn; intl@scout.mn;
Website: www.scout.mn





Tuesday, February 3, 2009

Mesyuarat Pemimpin Pengakap PPD Kinta Selatan

From kintascout

Mesyuarat Pengurusan Pemimpin Pengakap PPD Daerah Kinta Selatan Kali 1, 2009


Tarikh : Khamis, 12 Februari 2008
Masa : 2.30-5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan

Semua Pemimpin Kumpulan/Sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Sebarang pertanyaan emailkan kepada ppmkinta@yahoo.com

sekian dimaklumkan

Jambori Melaka ke 7

From kintascout

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE 7
7th MELAKA WORLD HERITAGE CITY JAMBOREE 2009

Tarikh: 30 Mei 2009 hingga 04 Jun 2009

Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )

Tema:
‘ KEAMANAN SEJAGAT ’

Lokasi:
Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka.

Yuran:
Yuran Jambori sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai
semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutan
semasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori
( kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan , Tag )

Keperluan:
Setiap Kontinjen hendaklah membawa khemah dan ubatan peribadi serta
menyediakan insuran diri peserta.

Makanan dan minuman :
Disediakan oleh peserta / kontinjen sendiri.

Peserta :
Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa. Penyertaan hendaklahmelalui Kontinjen Negeri masing – masing.

Aktiviti:
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba,
kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air
dan pelbagai lagi.

# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.

Pengesahan:
Sila lengkapkan borang maklumbalas penyertaan Jambori dan kembalikan
kepada PPM Daerah Kinta pada atau sebelum 1 April 2009.

Terima kasih atas perhatian dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka sedia menunggu maklumbalas dan menyambut kehadiran peserta di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ; ….‘Di Mana Segalanya Bermula…’

Daulat Tuanku

From kintscout

Sunday, February 1, 2009

18th Thailand National Scout Jamboree


18th National Scout Jamboree
25 – 30 April 2009
Trang, Thailand

Date:

25 – 30 April 2009
Participants should arrive at the campsite on 24th April 2009,
one day before the Opening ceremony and depart on 1st May 2009

Theme:
“Moral and Friendship”

Venue:
Trang National Scout Camp or “Thai Chalerm Prakiat Scout Camp” about 828 kilometres from Bangkok.

The Camp compound with a beautiful natural scene of hillside and 2 lakes on the area of 2,000 rais (800 acres) which enough to accommodate 10,000 scouts and suitable to do adventure and water activities.

Trang is a famous province in its cultural heritage, the mix of Chino-Protugese
and Thai with its long, beautiful coastline by Andaman Sea with numerous
fascinating beaches, caves, islands, mountains and waterfalls.

For visitors interested in adventure, you will have the remarkable experience
if you visit the outstanding tourist attractions such as the Emerald Cave which
accessible by only water sea, Ko Petra National Park which some of the dive
sites are world-class, Trang Hot Spring etc.

Eligibility:
Open for young scouts and guides age between 12 – 17 years old
who apply through their National Scout Associations (should apply
in a patrol which comprise of 9 scouts + 1 leader). We expect to have
9,500 participants both Thai and overseas in this Jamboree.

Camp Fee:
US$ 100 per person (both Scout and leader)
The fee will cover all meals during camp (from dinner of 24th April 2009 to
Breakfast of 1st May 2009), tent accommodation, activities programme,
Jamboree souvenirs, Insurance and transportation (from Krabi Airport,
Phuket Airport, Trang Bus Terminal or Trang train Termina)

Highlight Programmes:
A wide variety of activities which designed to suit young scouts will be
offered, both on-site and off- site such as: Adventure, water activities,
Hiking, Community Services, Arts & Cultures, Science & Technology,
Pioneering, Education Tour, Free Time Activities, Exhibitions, Games etc.

Post programme tour can be arranged upon requested with moderate price,
Not more than US$ 50 which cover accommodation, meals, city tour, and
Transportation to airport.

Weather:
The temperature in Trang all year round is warm with an average 20 – 36
celsius. But in April, the temperature is the hottest period of the year.
The best time to visit Trang is between December– May which is not the
Monsoon season.


Transportation:
Transportation will be arranged from Trang, Phuket or Krabi airport to
campsite and also from Trang railway station and Trang bus terminal.

How to reach Trang:

By Air :
There are direct flights from your country to Phuket and the transportation
to pick up from the airport to campsite will be organized .

From Bangkok:
to Krabi and transportation will be arranged to pick up to
campsite.

By train From Bangkok:
Rapid or Express trains from Bangkok Railway Station
(Hua Lampong) to Trang are available daily at 5.05 p.m. and 6.20 p.m.
The trip takes about 15 hours.

By bus From Bangkok:
Air conditioned buses from Southern Bus Terminal to Trang
are available everyday. The trip takes about 12 hours.

What you should bring:
Participants should bring personal camping equipment, including sleeping bag,
meals kits, cutlery, flashlight, raincoat etc. Please do not forget to bring
your national flag and national costume for international programme.


Please kindly inform your Application Form to PPM Daerah Kinta not later than 1st April 2009

Kuantan Rovermoot 2009





Program
- Kuantan Moot 2009

Anjuran Bersama
- Pejabat Belia dan Sukan Negeri Pahang
- Majlis Pengakap Negeri Pahang
- Pasukan Kelana B Daerah Kuantan
- Dengan Kerjasama Zonice Rovers KL

Tarikh
- 1 Mei 2009 hingga 4 Mei 2009

Tempat
- Kem Damai,Kampung Seri Damai

Sasaran
- Ahli Kelana – Pasukan Terbuka di semua peringkat.
- Ahli Kelana Siswa – Pasukan Kelana IPTA/IPTS (KLKM) dan KLM
- Ahli Kelana – Pasukan Kelana Unit Sekolah ( Tertutup)
- Krew Pengakap Antarabangsa
- Anggaran penyertaan adalah seramai 500 ke 1000 orang ( peserta/pegawai)

Bayaran
- Malaysia RM 50.00 (sebelum 31 Mac 2009) dan RM 70.00 (seterusnya)
- Luar Negeri USD 50.00 (sebelum 31 Mac 2009) dan USD 70.00 (seterusnya)
- (Peserta akan diberi T-shirt, skaf Rovermoot, lencana, Tanda nama, dan sijil penyertaan.

Pengangkutan,makanan dan minuman
- Perbelanjaan makanan dan minuman adalah tanggungan sendiri.Gerai makanan dan minuman akan diadakan sepanjang Kuantan Moot.
- Pengangkutan akan disediakan mengikut permintaan khas (Lapangan Terbang dan Terminal bas) mengikut jadual.

Kelengkapan yang perlu dibawa
- Uniform lengkap.
- Peralatan untuk berkhemah. (khemah tidak disediakan).
- Dan Sebagainya

Larangan
- Kuantan Moot adalah bebas dadah dan arak.Dilarang Keras sama sekali membawa/menggunakan/minum dadah dan arak sepanjang event diadakan.
- Merokok hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.

Aktiviti

Kesenian dan Kebudayaan (Culture and Arts).
- Lombong Syaf Sg. Lembing.
- Muzium Pahang / Muzium Sungai Lembing.
- Pusat Kraftangan.
- Batik Village.
- Native Food.

Lasak dan Ekstrem (Adventure and Xtreme).
- Bukit Panorama Sg. Lembing.
- Futsal.
- Paintball
- Wall Climbing.
- Abseiling.
- River Cruise.
- Berbasikal.

Komuniti.
- Pantai Teluk Cempedak.
- Derma Darah.
- Penanaman pokok.
- Aktiviti bersama masyarakat kampung.
- Rumah Orang Tua dan anak yatim

Global Development Village.
- Pameran Kerjaya,pendidikan dan Kemasyarakatan.
- Teknologi komunikasi (radio amatur/internet).
- Mini Forum
- Lawatan Kem dan Pelabuhan

*Tertakluk kepada perubahan

Pendaftaran awal boleh dibuat dengan menghantar email kepada kuantanrovermoot[at]gmail[dot]com dan sertakan nama,alamat,e-mail,nama pasukan dan nombor yang boleh dihubungi.

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghantar email yang tertera diatas. Sila maklumkan kepada SU Latihan PPM Daerah Kinta bagi penyertaan.


dipetik dari laman http://kuantanrovermoot.org/

Sekitar Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Kinta 2009

Tarikh : 11 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak

From kintascout
Persetiaan Pengakap diketuai En. Mohd Zamri Ismail, Pengerusi Latihan

From kintascout
Persetiaan Pengakap

From kintascout
Ucapan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, En. Mohd Ramli Bin Mohd Baki

From kintascout
From kintascout
From kintascout
From kintascout
Wakil Krew Kelana A Daerah Kinta.. Kenapa wakil wakil kelana senyum besar agaknya?

From kintascout
Ha.. inilah sebabnya.. Krew Kelana A Daerah Kinta menerima sumbangan RM3000.00 Wang Bantuan Upaya Persatuan Belia dari Kementerian Belia Dan Sukan.. Cek disampaikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta En. Mohd Ramli Bin Mohd Baki kepada Penolong Pesuruhjaya Unit Kelana En. Mohd Aini B Mara'i.. Tahniah kepada krew Kelana A Daerah Kinta..

From kintascout
Sarapan pagi..

From kintascout
Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPM Daerah Kinta

semoga 2009 membawa sinar yang gemilang buat semua ahli dan warga PPM Daerah Kinta...