Guru Besar
Sekolah Berkenaan
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS EMAS DAN PERAK
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA SIRI 1 2010
Perkara diatas adalah dirujuk bersama surat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara PPDKU.03/15/004(36) bertarikh 23 Februari 2010.
2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Persekutuan Pengakap Daerah Kinta menjalankan perkhemahan tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 5-7 Mac 2010 (Jumaat-Ahad) 3 hari 2 malam
Tempat : SK Coronation Park 30300 Ipoh
Bayaran Penyertaan
Sekolah : RM 15.00 setiap sekolah/kumpulan
Peserta : RM 20.00 setiap peserta
3. Sehubungan dengan itu, memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan Pemimpin Pengakap (Guru) dan ahli-ahli Pengakap (Murid) bagi menghadiri perkhemahan tersebut. Kertas kerja, borang penyertaan dan syarat-syarat perkhemahan boleh dimuat turun di http://kintascouts.blogspot.com
4. Sebarang pertanyaan, saya sedia membantu di talian 012-4491924.
5. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
"SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
Saya yang menurut perintah
EIMIZA QAMAL BIN AZMI
Setiausaha Latihan
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Maklumat untuk dimuaturun
1. Borang penyertaan
2. Panduan Ujian Lencana Sekolah Rendah
3. Manual Prosedur Kerja (SOP) Borang Perakuan Kesihatan
4. Surat jemputan edaran ke sekolah
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment