Tuesday, March 9, 2010

TERKINI ; Perkhemahan Ujian Lencana Maju, Jaya dan Kemahiran Sekolah Menengah siri 1 2010

Pengetua
Sekolah Berkenaan

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA MAJU JAYA DAN KEMAHIRAN
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA SIRI 1 2010

Perkara diatas adalah dirujuk bersama surat kebenaran dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Persekutuan Pengakap Daerah Kinta menjalankan perkhemahan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12-14 Mac 2010 (Jumaat-Ahad) 3 hari 2 malam
Tempat : Pusat Kajian Luar, Institut Perguruan Malaysia, Kampus Ipoh

3. Sehubungan dengan itu, memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan Pemimpin Pengakap (Guru) dan ahli-ahli Pengakap (Murid) bagi menghadiri perkhemahan tersebut. Kertas kerja, borang penyertaan dan syarat-syarat perkhemahan boleh dimuat turun di http://kintascouts.blogspot.com

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan

En. Shahruzzaman B. Zainal Abidin,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta
012-4530424 , 017-5291747

En Mohd Zamri B. Ismail ,
Pengerusi Latihan Daerah Kinta
012-5700044

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

"SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"

#segala kesulitan amatlah dikesali. Mohon maaf diatas kesilapan maklumat sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment