Tuesday, January 18, 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2011/2012

Tuan/Puan

PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP DAERAH KINTA 2011/2012

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara diatas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara diatas, saya mohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan agar memastikan kumpulan dan setia ahli pengakap disekolah tuan/puan didaftarkan sebelum 31 Mac 2011. Walaubagaimanapun pendaftaran yang lewat atas sebab sebab tertentu masih boleh dikemukakan kepada PPM Daerah Kinta untuk tindakan selanjutnya.

3. Sila muatturun borang-borang di laman blog rasmi PPM Daerah Kinta http://kintascout.blogspot.com

4. Borang-borang yang telah lengkap perlu dikembalikan beserta cek (berpalang) atau kiriman wang / wang pos dibayar atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA dan alamatkan kepada

Puan Halimatun Bt Hamid
Bendahari, Persekutuan Pengakap Daerah Kinta,
D/A SMK ST. Bernadette's Convent, 31000 Batu Gajah

5. Tuan/Puan boleh menyemak status pendaftaran tuan/puan di laman blog PPM Kinta bermula Mac 2011. Sekiranya ada pertanyaan boleh hantarkan email kepada ppmkinta@yahoo.com

6. Sekian untuk makluman. Kerjasama dan tindakan awal dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian,

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN'

Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta



Muat Turun


Panduan Pendaftaran Keahlian Pengakap (PDF)

Pendaftaran Keahlian Kumpulan Pengakap (MS Excel)


PPM9(A) Tauliah Pemimpin (PDF)

Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah untuk muat turun fail tersebut, tuan/puan boleh memohon fail tersebut dengan menghantar email kepada ppmkinta@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment