Tuesday, March 8, 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA PRA-U SIRI 1 2011 (UPDATE)

Ruj Kami : PLDPPMDK/11/08
Tarikh : 8 Mac 2011

Pengetua
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara

KURSUS KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN PENGAKAP KELANA PRA-U SIRI 1 2011

Perkara diatas adalah dirujuk bersama surat PPDKU.03/15/004.Jld2(78) bertarikh 4 Mac 2011.

2.Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Persekutuan Pengakap Daerah Kinta menjalankan aktiviti tersebut yang dicadangkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 2.00pm, Jumaat, 11 Mac 2011 – 12.30pm, Ahad, 13 Mac 2011 (3 hari 2 malam)
Tempat: Pusat Latihan KRS (PULARES)31000 Batu Gajah (Sebelah SMK Sultan Yussuf Batu Gajah
Sasaran : Pelajar Tingkatan 6 (atas dan bawah)

Bayaran Penyertaan
Sekolah:RM 15.00 setiap sekolah/kumpulan
Peserta:RM 35.00 setiap peserta(penginapan, makan & minum, bahan kursus, sijil)
*semua pembayaran dibuat atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA

3.Sehubungan dengan itu, memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan Pemimpin Pengakap (Guru Pengiring) bersama ahli-ahli Pengakap (Pelajar tingkatan 6) bagi menghadiri aktiviti tersebut.

4.Sebarang pertanyaan, hubungi En. Mohd Firdaus B. Mois di talian 0195514110 (Pen. Pesuruhjaya Daerah)atau email ppmkinta@yahoo.com.

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


EIMIZA QAMAL
Pengerusi Latihan
PPM Daerah Kinta

#PENTING#

1. Borang Penyertaan Sekolah
2. Borang Maklumat Peserta
3. Borang Pelepasan Tanggungan
4. Borang Perakuan Kesihatan
6. Surat Edaran ke sekolah PPM Kinta
7. Surat Kebenaran PPD Kinta Utara

klik untuk muat turun fail tersebut disini - kemkelana11

# KEPERLUAN KURSUS#

1. Unifom Lengkap Pengakap Kelana.(WAJIB)*
2. Alat tulis.
3. Sarung bantal dan cadar.(PERLU)*
4. T-shirt sukan berkolar, seluar sukan dan kasut sukan.
5. Pakaian solat
6. Peralatan mandi
7. Keperluan peribadi (jika perlu)
*Peserta WAJIB membawa unifom Pengakap. Jika tiada, Sekurang- kurangnya Berskaf pengakap.

0 comments:

Post a Comment