Tuesday, March 29, 2011

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KINTA SIRI 1 / 2011 (UPDATE)

Perkara diatas adalah dirujuk bersama surat PPDKU.03/15/004.Jld2(83) bertarikh 23 Mac 2011.

2.Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Persekutuan Pengakap Daerah Kinta menjalankan aktiviti tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 3.00pm, Jumaat, 1 April 2011 – 12.30pm, Ahad, 3 April 2011(3 hari 2 malam)
Tempat : SK Seri Jaya 31000 Batu Gajah

Sasaran:
Sekolah rendah
:Calon Lencana Keris Perak
:Calon Lencana Keris Emas

Sekolah Menengah
:Calon Lencana Maju
:Calon Lencana Jaya
:Calon 5 Lencana Tertinggi (Kemahiran)

Bayaran Penyertaan
Sekolah: RM 15.00 setiap sekolah/kumpulan
Peserta: RM 25.00 setiap peserta(makan & minum, sijil, pengurusan)

3.Sehubungan dengan itu, memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan Pemimpin Pengakap (Guru Pengiring) bersama ahli-ahli Pengakap bagi menghadiri aktiviti tersebut. Maklumat lanjut, borang penyertaan, syarat-syarat boleh dimuaturun di http://kintascout.blogpsot.com atau email kepada ppmkinta@yahoo.com .

4.Sebarang pertanyaan, saya sedia membantu email kepada ppmkinta@yahoo.com .

5.Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

"SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"

Saya yang menjalankan tugas,

EIMIZA QAMAL BIN AZMI
Pengerusi Latihan
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta



*SILA DOWNLOAD YANG BERKENAAN

klik link ini untuk SEKOLAH MENENGAH

klik link ini untuk SEKOLAH RENDAH

0 comments:

Post a Comment