MESYUARAT KONTINJEN DAERAH KINTA KE KEM ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI PERAK 2011
Perkara diatas adalah dirujuk bersama surat PPDKU.03/15/004.Jld2(86) bertarikh 13 April 2011.
2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Persekutuan Pengakap Daerah Kinta akan menjalankan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 April 2011 (Isnin)
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Jalan Pegoh, 31650 Ipoh
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan kepada Ketua Pemimpin Kumpulan Pengakap (Guru) dari sekolah dibawah pentadbiran tuan bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
4. Ketua Pemimpin Kumpulan Pengakap tersebut dimohon membawa bersama maklumat dan dokumen berikut ke mesyuarat tersebut.
4.1 Senarai nama dan no surat beranak calon ke Anugerah Rambu PKK Negeri Perak 2011.
4.2 Satu salinan photostat Sijil Lencana Keris Emas setiap calon
Terima kasih, Sekian.
*bagi sekolah yang lewat menerima surat, boleh download sini.
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD SURAT PANGGILAN MESYUARAT
Thursday, April 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment