Adalah dimaklumkan bahawa pihak urusetia Majlis Penyampaian Sijil Pengakap Raja 2011 telah bersetuju dengan sokongan pihak CSC Tn Hj. Ahmad Azam Shah membuat tawaran penyertaan ke majlis penyampaian sijil Pengakap raja itu kepada semua Ahli pengakap Raja yang belum menerima sijil Pengakap Raja di Majlis Istiadat DiRaja untuk menyertai majlis kali ini dengan disyaratkan tambahan terhad kepada 200 orang sahaja.
Pilihan adalah first come, first serve sahaja. Tarikh tutup tawaran ini ialah pada 30 Mei 2011 atau bila kouta 200 itu dipenuhi. Sila isikan borang dalam website ppmperak.net Bayaran penyertaan RM 70.00. Bayaran ini tidak akan dipulangkan jika tidak hadir. Semua penerima sijil Pengakap Raja akan diberikan surat jemputan mulai 1 Jun 2011.
Jika ada apa-apa pertanyaan sila hubungi En Mohammed Wazer b. Abdullah, (ASC Pengerusi Program) no.tel: 019-5776453.
Harap maklum


0 comments:
Post a Comment