Tuesday, October 18, 2011

Unit Pengakap Kanak-kanak

Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

PERKHEMAHAN LENCANA UJIAN KERIS PERAK DAN KERIS EMAS SIRI 2


Pihak PPM Daerah Kinta ingin memohon maaf kepada semua pemimpin dan ahli pengakap kanak-kanak kerana perkhemahan siri ke 2, berkemungkinan besar tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini. Ini disebabkan oleh kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk melaksanakan program pekhemahan. Insyaalah, perkhemahan untuk Ujian Lencana Keris Perak dan Keris Emas akan ditunda ke tahun hadapan. Jika terdapat sebarang perubahan, pihak PPM Daerah Kinta akan memaklumkan kepada tuan/puan dengan segera. Sebarang kesulitan daripada makluman ini, pihak PPM Daerah Kinta memohon maaf.

Pembelian sijil Lencana Keris Gangsa masih boleh dilakukan. Oleh itu mana-mana sekolah yang ingin membuat pembelian sijil, sila hubungi En Zamri Ismail (Pesuruhjaya Daerah Kinta- 0125700044) atau En. Ainal Suhaidi (013-5209066).


Sekian. Terima kasih.