
Salam Pengakap,
PEMAKAIAN LENCANA WORLD BUREAU / WOSM.
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat bil PPM-2 (439)/2011.
2. Pemakaian lencana WOSM telah diwajibkan kepada semua ahli pengakap. Oleh itu PPM Daerah Kinta berharap semua ahli pengakap di dalam Daerah Kinta menyahut seruan ini. Pemakaian lencana ini, ditujukan kepada semua ahli termasuk ADC, Pemimpin, Pen. Pemimpin dan Pengakap Kelana. Tuan/puan boleh membeli lencana ini di kedai-kedai uniform atau PPM Daerah Kinta.
3. Jika tuan/puan ingin membeli lencana ini melalui PPM Daerah Kinta, tuan/puan bolehlah menghubungi Tuan Mohd Zamri bin Ismail -012-5700044 (DC PPM Daerah Kinta) atau En. Ainal (013-5209066) untuk urusan pembelian lencana WOSM ini. Harga bagi satu keping Lencana WOSM ini ialah RM 3.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA SAHAJA).
Bersama-sama ini dilampirkan surat pemberitahuan dan arahan dari Persekutuan Pengakap Malaysia untuk rujukan dan makluman semua ahli pengakap. (Sila klik pada surat untuk muatturun )
Sekian


0 comments:
Post a Comment